Skip to main content


Notis Privasi AbbVie

 

Tarikh Kuat Kuasa: 15.06.2021

Notis privasi ini menerangkan bagaimana AbbVie Sdn Bhd, Level 9 Menara Lien Hoe, No. 8 Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (merujuk kepada “AbbVie,”  “kami”) akan memproses Data Peribadi anda yang digunakan untuk berhubung dengan kami secara atas atau luar talian melalui perkhidmatan, produk, komunikasi, dan harta digital AbbVie (termasuk laman sesawang dan aplikasi mudah alih) yang merujuk kepada Notis Privasi ini dan di mana AbbVie boleh mendapatkan dan menggunakan Data Peribadi daripada pihak ketiga (secara bersama, “Hubungan AbbVie”).

Data Peribadi Anda yang Kami Kumpul

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi 

Bagaimana kami mendedahkan Data Peribadi

Maklumat tambahan bagi penyata privasi interaksi dan cookies atas talian

Maklumat tambahan bagi pemohon pekerjaan

Maklumat tambahan bagi pakar penjagaan kesihatan 

Maklumat tambahan bagi peserta dalam program pesakit dan pelanggan 

Privasi kanak-kanak

Maklumat perhubungan kami

Hak dan pilihan privasi anda

Keselamatan dan simpanan data

Mengakses laman web kami secara global

Perubahan kepada Notis Privasi kami

 

Data Peribadi Anda yang Kami Kumpul

Bahagian ini menerangkan kategori biasa Data Peribadi yang kami kumpul untuk tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang jenis Data Peribadi yang kami kumpul bagi interaksi atas talianpemohon pekerjaanpakar penjagaan kesihatan, dan program pesakit dan pelanggan, dengan mengklik pautan yang berkaitan dengannya.

 

Data Peribadi yang kami kumpul dari anda atau sumber-sumber lain

AbbVie boleh mengumpul Data Peribadi dari anda secara langsung, contohnya sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, atau jawapan kepada kajiselidik. AbbVie juga boleh mendapatkan Data Peribadi secara tidak langsung, seperti dari sumber yang boleh didapati secara terbuka (cth. Laman sesawang atau pangkalan data yang boleh diakses secara terbuka), pembekal data pihak-ketiga, penyedia penjagaan kesihatan, dan syarikat insuran kesihatan, dan rakan kongsi dan usahasama pihak ketiga. Kami boleh menggabungkan Data Peribadi daripada pelbagai sumber di atas dan luar talian. Kategori Data Peribadi yang dikumpul oleh AbbVie tentang anda termasuk:

  • Pengenalan dan maklumat hubungan anda secara langsung termasuk nama, alamat, nombor telefon, atau alamat e-mel
  • Maklumat pendaftaran seperti nama pengguna dan kata laluan
  • Data perhubungan, termasuk maklumat tentang produk, rawatan, keadaan kesihatan yang berkaitan dengan anda
  • Data transaksi, termasuk pembelian dan pertanyaan
  • Data akaun kewangan, seperti nombor kad kredit anda
  • Maklumat pendapatan dan demografik, seperti apabila anda memohon bantuan kewangan untuk salah satu daripada produk kami
  • Maklumat berkaitan kesihatan, seperti maklumat tentang keadaan kesihatan, keselamatan, dan maklumat kesihatan yang berkait dengan produk kami, atau maklumat insuran dan demografik
  • Maklumat berkaitan pembayaran jika anda memberi perkhidmatan kepada AbbVie.
     

[Top]


Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi 

Kami boleh menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan perniagaan dan komersil yang berkaitan Hubungan Abbvie anda, berkomunikasi dengan anda, meningkatkan Perhubungan AbbVie, dan produk dan perkhidmatan kami, dan bagi lain-lain tujuan perniagaan dalaman. Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang bagaimana kami gunakan Data Peribadi yang kami kumpul untuk interaksi atas talianpemohon pekerjaanpakar penjagaan kesihatan, dan program pesakit dan pelanggan, dengan mengklik pautan yang berkaitan dengannya.

 

Mengendalikan program, perkhidmatan dan lain-lain interaksi dengan anda

Kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan perniagaan harian, seperti pemprosesan bayaran dan pengurusan akaun kewangan, pengurusan kontrak, pengendalian laman sesawang, pencapaian, tadbir urus korporat, dan kewajipan membuat laporan. Kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk memberi anda program atau perkhidmatan yang anda perlukan atau bagi mengendalikan perkhidmatan AbbVie, seperti pembelian langsung, mengambil bahagian dalam program penjimatan atau mendaftar untuk mendapatkan rebat. Ini bermakna kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menjawab persoalan anda, memberi anda perkhidmatan yang anda perlukan, menawarkan kepada anda pengalaman pelanggan yang optimal, melaksanakan kewajipan kontrak kami ke atas anda, atau mengambil tindakan dengan persetujuan anda.

 

Komunikasi pemasaran dan kesedaran tentang penyakit

Kami menyediakan komunikasi pemasaran yang menggalakkan penggunaan atau menawarkan penglibatan dalam produk, perkhidmatan, program, acara kajiselidik AbbVie, atau memberi maklumat lain yang mungkin menarik minat anda, seperti maklumat tentang keadaan kesihatan yang tertentu. Kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda dan untuk menentukan jenis komunikasi pemasaran untuk dihantar.

Anda boleh menarik diri daripada komunikasi pemasaran pada bila-bila masa. Arahan cara-cara untuk menarik diri dimasukkan dalam setiap komunikasi pemasaran yang anda terima, atau anda boleh menulis e-mel kepada kami di privacydsr@abbvie.com.

 

Menyesuaikan pengalaman dan meningkatkan perhubungan

Data Peribadi boleh digunakan untuk membuat tawaran, maklumat, atau perkhidmatan yang khas mengikut kepentingan dan keutamaan anda. Ia juga boleh digunakan untuk membangunkan dan meningkatkan Hubungan AbbVie anda. Dalam beberapa keadaan, kami mengumpul Data Peribadi anda dengan persetujuan anda. Dalam keadaan yang lain, kami mengumpul maklumat ini bagi kepentingan perniagaan untuk mengoptimum dan menyesuaikan Hubungan AbbVie anda. 

 

Pentadbiran dan peningkatan perniagaan dan produk

AbbVie menganalisa Data Peribadi untuk kepentingan sah dalam perniagaannya dan penambahbaikan produk, bagi mendapatkan fakta-fakta baru yang dapat membantu AbbVie memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik dan membantu meningkat, membangun, dan menilai perkhidmatan produk, bahan, progam, dan rawatan.

 

Pematuhan undang-undang dan peraturan

Kami boleh memproses Data Peribadi anda bagi mematuhi undang-undang dan peraturan, termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengawalan farmaseutikal. Kami juga menggunakan Data Peribadi bagi memantau pematuhan kepada polisi dan prosedur kami, bagi mengelakkan penipuan, dan bagi menyiasat dan mendakwa pengguna yang melanggar peraturan kami atau sesiapa yang berkelakuan menyalahi undang-undang atau berbahaya kepada orang lain atau hartabenda. 

[Top]

Bagaimana kami mendedahkan Data Peribadi

Kami biasanya berkongsi Data Peribadi dengan pihak ketiga bagi tujuan perniagaan dan komersil seperti yang diterangkan dibawah. Kami tidak menjual Data Peribadi kepada pihak ketiga. Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang bagaimana kami berkongsi Data Peribadi yang kami kumpul untuk interaksi atas talianpemohon pekerjaanpakar penjagaan kesihatan, dan program pesakit dan pelanggan pesakit dan pelanggan, dengan mengklik pautan yang berkaitan dengannya

 

Rakan kongsi dan penjual

Kami mempunyai hubungan dengan pelbagai penjual, termasuk syarikat-syarikat kongsi kami, yang membantu kami menjalankan perniagaan kami dan mereka mungkin memerlukan akses kepada Data Peribadi anda untuk memberikan perkhidmatan kepada AbbVie. Kami memerlukan mereka untuk mengendalikan Data Peribadi yang dikumpul melalui Hubungan AbbVie yang mengikut privasi kontrak dan keperluan keselamatan yang bersesuaian. 

 

Rakan perniagaan dan penyelidikan

Kami boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain dan organisasi-organisasi awam dan swasta untuk memberikan anda produk, kandungan, atau perkhidmatan melalui kerjasama atau “penjenamaan bersama”. Anda perlu ketahui bahawa, dalam perkara ini, sebagai tambahan kepada Privasi Notis ini, Privasi Notis rakan kongsi yang berkenaan juga diguna pakai, dan, dalam situasi yang terhad, terdapat Notis Privasi yang dikongsi bersama.

Bagi borang dan laman penjenamaan bersama, anda akan lihat kedua-dua logo AbbVie dan rakan kongsi dipamerkan. Untuk mengakses perkhidmatan penjenamaan bersama, anda perlu melengkapkan borang pendaftaran, dan maklumat pendaftaran boleh dikongsi dengan rakan-rakan kongsi penjenamaan bersama AbbVie, dan anda perlu membaca polisi privasi rakan-rakan kongsi ini secara individu kerana mereka mempunyai polisi yang berbeza daripada kami.

Selain itu, kami boleh mendedahkan Data Peribadi kepada juruaudit luar, peguam, akauntan, dan ahli profesional yang setara dengannya berdasarkan kepentingan sah kami dalam operasi perniagaan kami dan kewajipan kami mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan. 

 

Pendedahan sebagai kewajipan undang-undang kepada pihak berkuasa dan bagi keselamatan produk

Jika anda menghubungi AbbVie mengenai pengalaman anda menggunakan produk kami, kami boleh menggunakam maklumat yang anda berikan untuk dilaporkan kepada U.S. Food and Drug Administration, dan lain-lain agensi kesihatan dan perubatan kerajaan yang setara di seluruh dunia, dan juga sebaliknya sebagaimana yang diperlukan mengikut undang-undang. Kami juga boleh gunakan maklumat tersebut untuk menghubungi doktor yang merawat anda susulan sebarang kejadian yang tidak dijangka membabitkan penggunaan produk kami.

Dalam keadaan yang tertentu, kami perlu mendedahkan Data Peribadi anda untuk mematuhi undang-undang, proses, atau tuntutan dan sebab-sebab kepentingan awam, seperti menyediakan laporan kepada pihak berkuasa undang-undang yang melibatkan keselamatan produk kami, menjawab sepina, atau memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.

 

Pendedahan kepada pemilik atau pengendali seterusnya

Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak pengganti seterusnya setelah penggabungan, penyatuan, atau lain-lain penyusunan semula organisasi, kepada pembeli sebahagian atau kesemua asset kami, atau susulan kepada penyusunan kewangan atau perjanjian promosi bersama. Data Peribadi anda yang kami perolehi boleh dipindahkan kepada pihak-pihak kepada transaksi mengikut kepentingan sah kami ketika menyediakan dan melengkapkan transaksi. Mana-mana pihak pengganti adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang agak sama dengan Notis Privasi ini. 

[Top]

 

Maklumat tambahan bagi penyata privasi interaksi dan cookies atas talian

Kami boleh mengumpulkan kategori tambahan Data Peribadi yang berkaitan dengan interaksi atas talian anda dengan kami, seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Kami juga menggunakan, berkongsi, dan mendedahkan Data Peribadi anda semasa interaksi  atas talian bagi tujuan tambahan yang diterangkan dalam bahagian ini.  Kategori Data Peribadi yang dikumpul dan tujuan penggunaan dan pendedahan yang diterangkan dalam bahagian ini adalah tambahan kepada amalan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi yang diterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi ini.       

Bahagian ini juga menerangkan bagaimana kami menggunakan cookies dan lain-lain teknologi pengumpulan data dan bagaimana anda boleh menguruskan cookies yang tidak diperlukan bagi mengendalikan laman sesawang dan aplikasi mudah alih kami. 

 

Data Peribadi dikumpul secara automatik melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih kami

Kami boleh mengumpulkan kategori Data Privasi tambahan berikut melalui penggunaan anda ke atas laman sesawang dan aplikasi mudah alih kami.

 

Alamat IP

Kami merekod alamat Protokol Internet (“IP”) komputer atau lain-lain peranti eletronik anda apabila anda melawat laman sesawang kami. Alamat IP mengenal peranti elektronik yang anda gunakan untuk mengakses laman sesawang, yang mana membenarkan kami mengekalkan komunikasi dengan peranti anda dan untuk menyesuaikan kandungannya.

 

Cookies dan lain-lain teknologi pengumpulan data

Kami mengumpul maklumat secara automatik melalui interaksi atas talian anda dengan kami melalui teknologi mengesan dan pengumpulan-data seperti cookies, web beacon dan piksel, API, perkhidmatan sesawang, skrip, alat analisa pelayar, dan log pelayan. Cookie ialah kod angka yang unik yang dipindahkan ke komputer anda bagi mengesan kepentingan dan keutamaan anda dan mengenali anda sebagai pelawat yang kembali semula. “Web beacon” (juga dikenal sebagai pixel tag) adalah imej grafik lutsinar yang diletakkan di laman sesawang, e-mel, atau iklan yang membolehkan pengawasan sesuatu seperti aktiviti pengguna dan trafik ke laman tersebut, termasuk pengumpulan data tentang laman sesawang dan aplikasi mudah alih yang pernah anda lawati sebelum dan selepas anda pergi ke laman sesawang dan aplikasi mudah alih kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cookies dan lain-lain teknologi pengumpulan-data, sila lawati all about cookies.

Kami mengkelasifikasikan cookies kami kepada kategori-kategori berikut:

  • ·Cookies yang diperlukan: Cookies ini diperlukan sebagai ciri-ciri penting sesebuah laman untuk beroperasi dengan teratur
  • Cookies yang berfungsi: Cookies membolehkan kita menganalisa penggunaan laman bagi menilai dan meningkatkan prestasinya. Ia juga digunakan untuk memberi pengalaman pengguna yang lebih baik di laman tersebut, seperti mengukur interaksi dengan kandungan tertentu atau mengingati tetapan.
  • Cookies Pengiklanan: Cookies ini digunakan untuk mempamerkan iklan yang lebih relevan dengan anda. Kami boleh berkongsi maklumat ini dengan pengiklan atau gunakan ia untuk lebih memahami kepentingan anda. Contohnya, cookies pengiklan digunakan untuk berkongsi data dengan pengiklan supaya iklan yang anda lihat adalah lebih relevan kepada anda, membolehkan anda berkongsi halaman tertentu dengan rangkaian sosial, atau membolehkan anda membuat hantaran komen di laman kami.

Jika anda ingin melihat senarai terperinci cookies yang digunakan di laman sesawang kami, termasuk cookies yang diletakkan oleh pihak ketiga di laman sesawang kami, cookie yang tertentu, dan jangka hayat cookie, sila klik “tetapan cookie” di pembawah halaman ini. Jika jangka hayat cookie tidak diberitahu di dalam tetapan cookie, kami gunakan jangka hayat lalai iaitu tiga belas (13) bulan, kecuali jika jangkamasa yang lebih pendek diperlukan mengikut ketetapan undang-undang. Anda juga boleh menggunakan “tetapan cookie” untuk memberhentikan penggunaan kategori cookie yang tidak diperlukan.

Selain daripada menggunakan ciri tetapan cookies, anda boleh memberhentikan penggunaan cookie melalui pelayar anda. Sila ambil maklum bahawa terdapat cookies yang penting kepada fungsi laman sesawang kami dan menghapuskan ia akan mengurangkan kefungsian laman.

Jika anda mahu menggunakan pelayar anda, bukan menggunakan ciri tetapan cookies kami, untuk memberhentikan jejak cookies Google Analytics atau Adobe Ananlytics, anda boleh memasang pelayar tambahan yang menghentikan Google Analytics, dan anda boleh untuk keluar dari Adobe Analytics.

 

Pengesan mudah alih

Beberapa Hubungan AbbVie boleh didapati samada sebagai aplikasi mudah alih atau laman mudah alih yang anda boleh gunakan pada peranti mudah alih anda. Jika anda menggunakan peranti mudah alih untuk mengakses dan menggunakan Hubungan AbbVie, kami boleh mengumpul maklumat mudah-alih tertentu seperti berikut selain daripada maklumat yang diterangkan di atas: ID peranti atau pengkilanan, jenis peranti, alamat kawalan akses media (“MAC”), identiti alat mudah alih antarabangsa (“IMEI”), versi sistem operasi mudah alih anda, platfom yang digunakan untuk mengakses atau muat turun laman dan aplikasi AbbVie (cth. Apple, Google, Amazon, Windows), maklumat lokasi dan penggunaan peranti anda dan penggunaan Hubungan AbbVie anda. 

 

Bagaimana kami menggunakan Data Peribadi melalui interaksi atas talian

Selain daripada penggunaan yang diterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi ini, kami boleh menggunakan Data Peribadi anda yang dikumpul secara atas talian untuk tujuan tambahan seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. 

 

Pengalaman pengguna yang disesuaikan

Kami boleh gunakan alamat IP anda dan Data Peribadi yang diperoleh secara automatik melalui penggunaan cookie atau teknologi mengesan yang serupa untuk menyenangkan anda menggunakan dan melayari laman sesawang dan aplikasi mudah alih kami, untuk membantu anda semasa pendaftaran dan daftar masuk, dan untuk memperibadikan kandungan dengan meramal maklumat dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda, dan memperibadikan dan meningkatkan interaksi kami dengan anda melalui penyediaan maklumat yang lebih relevan kepada anda. Kami juga boleh menambah data penggunaan laman sesawang anda ke profil umum yang kami simpan mengenai anda supaya Hubungan AbbVie kami dengan anda lebih bersifat peribadi. Apabila kami menghantar e-mel komunikasi, kami masukkan web beacon atau teknologi mengesan yang serupa dalam e-mel tersebut bagi mengetahui samada peranti anda boleh menerima e-mel HTML, atau untuk mengumpul data samada e-emel, atau lampiran atau pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut telah dibuka. Kami gunakan data ini bagi membantu kami menentukan dan mendokumenkan sekiranya bahagian tertentu daripada e-mel kami adalah lebih relevan kepada anda.

Dalam keadaan tertentu, kami mengumpulkan Data Peribadi ini dengan persetujuan anda. Pada keadaan yang lain, kami mengumpul data ini untuk kepentingan perniagaan kami yang sah bagi mengoptimum dan menyesuaikan pengalaman pengguna anda. 

 

Analisa Digital dan Penambahbaikan

Kami boleh menggunakan Data Peribadi yang anda berikan kepada kami dan maklumat atas talian yang kami kumpul secara automatik melalui cookies dan teknologi mengesan yang serupa bagi mengawasi corak trafik dan keutamaan pengguna. Kami juga boleh mengesan komunikasi e-mel melalui web beacon atau teknologi mengesan yang serupa di dalam e-mel untuk mewujudkan statistik dan laporan keseluruhan bagi menganalisa keberkesanan dan menambahbaik kempen pemasaran kami.

Kami mengumpul data ini untuk kepentingan perniagaan sah kami bagi keselamatan, penambahbaikan, analisa dan pengoptimumam Hubungan AbbVie.

 

Analisis Media Sosial

Kami juga menganalisa sumber awam, seperti laman sesawang dan saluran-saluran media, untuk mengawasi, menganalisa, dan meningkatkan pemahaman kami tentang interaksi, dan pandangan tentang produk, perkhidmatan, dan peristiwa.

AbbVie dan penyedia perkhidmatannya akan menghormati Notis Privasi dan terma penggunaan yang terpakai kepada sumber-sumber tersebut apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.      

 

Fungsi Beritahu-Rakan

Kami boleh menawarkan fungsi “beritahu-rakan” di laman kami. Jika anda memilih untuk menggunakan fungsi ini, kami akan mengumpul maklumat rakan anda.  Kami akan menghantar e-mel kepada rakan anda hanya sekali dengan maklumat yang anda berikan atau menjemput rakan anda untuk melawat laman kami. Kami gunakan Data Peribadi yang anda berikan sebagai sebahagian daripada fungsi “berithau-rakan” hanya untuk tujuan meghantar e-mel sekali.

 

Bagaimana Data Peribadi anda boleh dikongsi melalui interaksi atas talian

Selain daripada jenis-jenis pendedahan Data Peribadi yang dterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi ini, kami boleh berkongsi Data Peribadi secara atas talian bagi tujuan tambahan seperti yang diterangkan dalam bahagian ini.

 

Pengiklanan pihak ketiga dan pengiklanan perlakuan atas talian

Kami boleh memberi anda iklan atas talian bagi produk dan perkhidmatan AbbVie di laman sesawang dan perkhidmatan mudah alih pihak ketiga yang dibuat hanya untuk anda, mengikut Data Peribadi yang anda berikan kepada kami atau kepada laman sesawang pihak ketiga yang anda lawati, atau semasa aktiviti layar anda, membeli, atau minat. Kami boleh berkongsi maklumat tertentu peranti anda dengan penyedia perkhidmatan pengiklanan kami yang kami dapat daripada cookies dan lain-lain pengumpulan data, dan teknologi mengesan berdasarkan Hubungan AbbVie anda.

Sesetengah Hubungan AbbVie mengambil bahagian dalam pengiklanan perlakuan atas talian (ini kadangkala dipanggil pengiklanan disasar atau pengiklanan berdasarkan-minat). Anda boleh mengenali laman-laman ini melalui pautan “Pilihan Pengiklanan” dalam iklan tersebut.  Rakan kongsi rangkaian pengiklanan kami boleh meletakkan dan menggunakan cookies di laman sesawang kami dan di lain-lain laman pihak ketiga untuk mengumpul Data Peribadi anda tentang aktiviti anda supaya dapat memberikan anda iklan atas talian yang berdasarkan kepentingan anda. Apabila iklan perlakuan AbbVie dipamerkan kepada anda, anda akan lihat ikon “Ad Choices”. Apabila ikon atau pautan ini diklik, ia akan membawa anda ke laman sesawang yang membolehkan anda mengurus data atau, menghapuskan data tentang sejarah pelayar anda yang digunakan dalam penghantaran iklan perlakuan atas talian. Jika anda menhapuskannya, anda akan masih juga melihat iklan atas talian, termasuk iklan daripada AbbVie yang berdasarkan maklumat lain (cth. Berdasarkan kandungan laman yang dilayar berbanding dengan aktiviti klik (clickstream) anda sebelumnya). Dalam sesetengah keadaan, data masih tetap dikumpul mengenai aktiviti layar anda oleh pengiklan pihak ketiga ini, tetapi mereka tidak akan gunakan data ini untuk menghantar iklan berdasarkan kelakuan layar atas talian anda sebelum ini. Anda juga boleh menghapukannya sekarang dengan mengklik disini.

Anda juga boleh menghapuskan iklan perlakuan tertentu melalui alat pilihan pengguna Digital Advertising Alliance, dan alat Network Advertising Initiative.

Sesetengah pelayar sesawang boleh megeluarkan isyarat “jangan-kesan’ kepada perkhidmatan sesawang yang berkomunikasi dengan pelayar anda. Setakat tarikh kuatkuasa Notis Privasi ini, masih belum ada piawaian industri bagaimana untuk membalas isyarat ini, oleh itu, AbbVie kini tidak membalas isyarat-isyarat ini.  Bagaimanapun, anda boleh menghindari pengiklan yang menggunakan sejarah pelayaran anda untuk menghantar iklan perlakuan atas talian melalui cara-cara yang diterangkan di atas. 

Pautan ke laman pihak ketiga dan pasang masuk (plug-ins) media sosial

Notis Privasi ini hanya terpakai kepada Hubungan AbbVie yang berkait dengan Notis Privasi ini dan tidak terpakai kepada laman sesawang pihak ketiga yang berkait dengan Hubungan AbbVie, termasuk pautan ke luar laman sesawang atau iklan daripada pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca penyata privasi yang disediakan oleh semua pihak ketiga sebelum memberi mereka Data Peribadi anda.

Hubungan AbbVie boleh menggunakan pasang-masuk media sosial (cth. Butang “Suka” Facebook, dan butang “Kongsi ke Twitter”) untuk memudahkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain. Apabila anda melawat laman sesawang kami sebagai sebahagian daripada Hubungan AbbVie, pengendali pasang-masuk sosial dan platfom media sosial bersepadu boleh meletakkan cookie pada peranti anda yang membolehkan pengendali menerima Data Peribadi anda seterusnya membenarkan ia mengenali individu yang pernah melawat laman kami. Jika anda telah mendaftar masuk ke laman media sosial (cth. Facebook, Twtter) semasa melayari laman kami, pasang-masuk media sosial membenarkan laman sosial media itu berkongsi maklumat tentang aktiviti anda di laman kami dengan pengguna lain di laman media sosial tersebut. Tetapan perkongsian ini dikendalikan oleh laman medial sosial itu, dan anda perlu merujuk kepada polisi privasi laman-laman tersebut tentang maklumat privasi dan amalan perkongsian data mereka.   

[Top]

 

Maklumat tambahan bagi pemohon pekerjaan

Jika anda telah memohon perkerjaan dengan AbbVie, Data Peribadi yang diserahkan bersama permohonan pekerjaan anda termasuk resume; maklumat latar belakang profesional yang sebelumnya, pendidikan dan lain-lain; maklumat lesen memandu; nombor keselamatan sosial atau pengenalan kebangsaan yang setara (yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempatan); surat pengiring; lessen; permit dan pensijilan yang dipegang; maklumat rujukan; dan lain-lain maklumat yang anda pilih untuk diserahkan (cth. Keutamaan pekerjaan, persetujuan untuk ditukarkan lokasi, anugerah atau keahlian professional). Maklumat ini boleh didapati daripada anda, pengambil pekerja, keutamaan anda, majikan sebelumnya, atau institusi pendidikan anda.

Selaras dengan undang-undang yang terpakai, kami boleh bertanyakan tentang bangsa/asal etnik, jantian, status veteran, dan status ketidakupayaan pemohon-pemohon kami, bagi memastikan peluang pekerjaan yang sama rata diambil kira. Kecuali diminta dengan tertentu atau mengikut undang-undang, kami mohon supaya anda mengelakkan dari menyerahkan maklumat dalam permohonan anda yang dikatakan sebagai maklumat sensitif dibawah undang-undang yang digunakan. Maklumat sensitif termasuk data mengenai bangsa, warna, agama, etnik, warganegara atau warganegara asal, umur, identiti atau ekpresi jantina, orientasi seksual, status perkahwinan, maklumat perubatan atau kesihatan (termasuk ketidakupayaan fizikal dan mental atau status mengandung), maklumat genetik atau biometrik, kepercayaan politik atau falsafah, parti politik atau keahlian kesatuan perniagaan, status veteran, gambar, maklumat semak latarbelakang, data kehakiman seperti rekod jenayah atau lain-lain maklumat tentang prosiding kehakiman atau pentadbiran, atau lain-lain status yang dilindungi undang-undang.

Data Peribadi akan diproses berdasarkan keutamaan sah kami dalam memproses permohonan pekerjaan anda dan menilai pencalonan dan kelayakan anda, dan membuat semakan rujukan. Kami juga boleh bertanya tentang rekod jenayah dan menjalankan semakan latarbelakang susulan tawaran pekerjaan bersyarat, yang dibenarkan oleh undang-undang yang digunapakai. Kami juga boleh memproses Data Peribadi anda daripada permohonan pekerjaan untuk tujuan peraturan, pematuhan dan undang-undang, selaras dengan Notis Privasi ini. Data Privasi juga boleh digunakan bagi tujuan tambahan pentadbiran, termasuk laporan pengurusan keseluruhan, kursus dalaman, dan sebagai yang biasanya diperlukan bagi menjalan perniagaan kami.

Kami boleh berkongsi data permohonan anda dengan majikan, perunding, peguam, perkhidmatan semak latarbelakang sebelum bekerja, dan rakan-rakan kongsi.   

[Top]

 

Maklumat tambahan bagi pakar penjagaan kesihatan 

Kami mengumpul kategori tambahan Data Peribadi jika anda seorang pakar penjagaan kesihatan, seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Kami juga menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi pakar penjagaan kesihaan bagi tujuan tambahan seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Kategori Data Peribadi yang dikumpul dan tujuan penggunaan dan pendedahan dalam bahagian ini adalah tambahan kepada lain-lain pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan amalan Data Peribadi yang diterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi ini. 

 

Data Peribadi tambahan yang boleh dikumpul AbbVie tentang pakar penjagaan kesihatan 

Jika anda seorang pakar penjagaan kesihatan, kami boleh mendapatkan Data Peribadi anda langsung dari anda, atau dari sumber pihak ketiga seperti organisasi dimana anda bekerja, sumber yang tersedia secara umum, interaksi dengan Abbvie (termasuk sumber tersedia di atas talian), dan penyertaan dalam inisiatif yang ditaja atau disokong AbbVie seperti penyelidikan klinikal dan aktiviti pembangunan tajaan AbbVie, pangkalan data pihak ketiga, dan wartawan acara-acara pengawasan farmaseutikal.

Kami boleh mengumpul kategori tambahan Data Peribadi tentang pakar penjagaan kesihatan seperti yang berikut:

  • Maklumat profesional, seperti resume atau lain-lain dokumen atau borang yang diberi secara langsung kepada kami, tempat bekerja, nama jawatan, maklumat pakar yang boleh dihubungi, kepakaran perubatan, nombor lesen kepakaran, kelayakan kepakaran dan aktiviti saintifik (seperti pengalaman percubaan klinikal terdahulu, aktiviti di platfom media sosial or lain-lain laman sesawang, dan penyertaan dalam kajian penyelidikan dengan kami dan syarikat lain sebelum ini atau belum selesai), rakan kongsi organisasi atau institusi, penerbitan penyelidikan dan artikel akademi atau saintifik, dan keahlian dalam persatuan dan lembaga.
  • Data Peribadi yang diberi bagi menyertai inisiatif tajaan atau sokongan kami, seperti aktiviti penyelidikan dan pembangunan klinikal tajaan kami, seminar atas talian atau bersemuka berkenaan maklumat produk, acara pendidikan, dan kemaskini maklumat klinikal.
  • Maklumat terperinci tentang interaksi dengan kami, seperti jenis mesyuarat yang diadakan, topik yang dibincang, pengetahuan dan soalan yang anda ada mengenai perniagaan dan produk kami, bahan yang telah kami pamerkan kepada anda, dan sebarang maklumbalas yang anda telah berikan, serta pendapat dan kebiasaan anda memprikripsi, kebiasaan tentang pesakit anda dan diagnosa, dan mengesan maklumat secara automatik dalam interaksi atas talian bersama kami.
  • Maklumat pembayaran atau lain-lain pindahan nilai yang diterima daripada interaksi anda dengan AbbVie, termasuk nombor pengenalan cukai atau nombor pengenalan negara (yang mana dibenarkan undang-undang), sumbangan kepada kos Pendidikan (seperti yuran pendaftaran, perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal) dan yuran perkhidmatan, termasuk perkhidmatan rundingan.

Penggunaan dan Pendedahan tambahan Data Peribadi pakar penjagaan kesihatan 

Kami menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi pakar penjagaan kesihatan bagi tujuan tambahan seperti berikut:

  • Bagi prestasi perjanjian kami dengan anda jika anda atau institusi anda menyertai perundingan, perkhidmatan professional, atau lain-lain perjanjian dengan kami.
  • Berdasarkan kepentingan sah kami dalam membangun dan meningkatkan perkhidmatan kami, kami akan gunakan dan dedahkan Data Peribadi pakar penjagaan kesihatan untuk:
    • Mengurus dan menambahbaik hubungan kami dengan anda, termasuk merancang, menyusun dan mengkaji semula sebarang kolaborasi dengan anda dan untuk menghubungi anda
    • Membantu memastikan yang kami memberikan anda maklumat yang relevan berdasarkan kepakaran, kepentingan dan keutamaan anda
    • Pengambilan dan penilaian kesesuaian pakar kesihatan bagi penyertaan mereka dalam percubaan klinikal dan penyelidikan pasaran dan lain-lain kajian penyelidikan
    • Menjalankan kajian dan penyelidikan pasaran dalam sektor awam dan swasta
    • Berkomunikasi dengan anda tentang produk dan program kami (tertakluk kepada sebarang syarat-syarat persetujuan pemasaran tambahan), melibatkan anda dalam program saintifik atau pendidikan, mengendalikan program sokongan-pesakit kami dan memberi akses kepada anda dimana perlu, mengambil pesanan produk, dan memberi sampel produk.
    • Tujuan penyelidikan dan analisa untuk membangun dan menilai produk, perkhidmatan, bahan dan rawatan kami
    • Perakaunan dalaman dan analisa yang berkait dengan polisi dan peraturan dalaman kami, seperti Kod Tatacara Perniagaan AbbVie
  • Berdasarkan kewajipan undang-undang kami, dan diatas kepentingan umum, kami akan gunakan dan dedahkan Data Peribadi tentang pakar penjagaan kesihatan untuk:
    • Pemantauan, laporan dan audit keselamatan dan menjawab pertanyaan atau isu berkaitan produk kami
    • Mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan, termasuk syarat-syarat yang dikenakan oleh kod tatacara industri untuk mengambil bayaran dan lain-lain pindahan nilai data pakar penjagaan kesihatan dan pendedahan awam ke atas data tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat persetujuan tempatan yang dikenakan untuk menerbitkan data tersebut dengan cara yang dapat mengenal pakar penjagaan kesihatan secara individu

[Top]

 

Maklumat tambahan bagi peserta dalam program pesakit dan pelanggan 

Kami boleh mengumpul kategori Data Peribadi tambahan tentang peserta dalam program pesakit dan pelanggan AbbVie, seperti yang diiterangkan dalam bahagian ini, termasuk program sokongan pesakit dan program kesetiaan. Kami juga mendedah dan menggunakan Data Peribadi tentang peserta dalam program pesakit dan pelanggan untuk tujuan tambahan yang diterangkan dalam bahagian ini. Kategori Data Peribadi yang dikumpul dan tujuan penggunaan dan pendedahan yang diterangkan dalam bahagian ini adalah tambahan kepada lain-lain pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan amalan Data Peribadi yang diterangkan secara berasingan dalam Notis Privasi ini.

 

Data Peribadi tambahan yang dikumpul AbbVie untuk Program Pesakit dan Pelanggan

Jika anda seorang pserta dalam program pesakit atau pelanggan, kami boleh memproses kategori Data Peribadi tentang anda seperti berikut, yang kami terima dari anda secara langsung, atau daripada pakar penjagaan kesihatan anda, pihak insurans kesihatan, dan pihak ketiga yang berkaitan:

  • Data hubungan seperti alamat, nombor telefon, dan lain-lain maklumat hubungan
  • Maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir dan jantina
  • Data anda yang dikumpul atau diwujudkan tentang penggunaan program and perkhidmatan
  • Maklumat kewangan berkaitan dengan kelayakan dalam program sokongan berdasarkan pendapatan dan kewangan yang tertentu, termasuk nombor keselamatan sosial atau nombor pengenalan negara anda (yang dibenarkan atau diperlukan undang-undang)
  • Data sensitif seperti data kesihatan yang berkait dengan penyakit atau keadaan kesihatan anda, sejarah perubatan, rawatan, sebab pemberhentian, data pengurusan penyakit yang aktif dan perlindungan insuran, dan faedah penggunaan  produk kami

 

Penggunaan tambahan data dalam konteks program pesakit dan pelanggan

Dengan persetujuan anda, kami menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda sebagai sebahagian daripada penyertaan program anda untuk mengendali dan menguruskan program, termasuklah menyesuaikan program kepada anda, penghantaran produk dan perkhidmatan, mengendalikan program-program kesetiaan, mengingatkan anda supaya mengambil produk anda seperti yang dipreskripsikan atau untuk mendapatkan isi semula produk anda, dan menyediakan anda sokongan, komunikasi, dan bahan-bahan program berkaitan rawatan anda dan program tersebut. Kami juga boleh menghubungi pakar penjagaan kesihatan anda bagi mendapatkan maklumat keselamatan ubat dan memberi pakar penjagaan kesihatan maklumat tentang ubat anda dan penyertaan anda di dalam program.

Atas dasar tanggungjawab undang-undang dan sebab-sebab kepentingan umum, kami boleh menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda bagi pemantauan, laporan, dan audit keselamatan, dan menjawab pertanyaan atau isu berkaitan produk kami, serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan.

[Top]

 

Privasi kanak-kanak

AbbVie tidak mengumpul sebarang Data Peribadi secara langsung daripada sesiapa dibawah umur 13 tahun. Semua Hubungan AbbVie yang menyokong kanak-kanak ditujukan dan dihubungkan dengan ibubapa dan penjaga sahaja. Jika anda seorang ibubapa atau penjaga dan mendapat tahu bahawa anak anda telah menyerahkan Data Peribadi kepada kami, sila hubungi kami dengan satu daripada cara-cara dalam bahagian Hak dan Pilihan Anda, dan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan isu ini.

[Top]

 

Maklumat perhubungan kami

Anda boleh menghubungi kami atau Pejabat Privasi Global kami, termasuk Pegawai Perlindungan Data kami, pada bila-bila masa, menggunakan maklumat perhubungan di bawah jika anda mempunyai soalan mengenai Notis Privasi ini atau lain-lain permintaan atau persoalan mengenai privasi. Anda juga boleh untuk tidak memilih atau menarik diri dari langganan sebarang produk atau perkhidmatan kami.

Sila hantar permintaan atau pertanyaan anda mengenai privasi disini. Anda juga boleh menghubungi kami dengan mengklik pautan “Contact” ini, menggunakan ciri maklumat perhubungan di aplikasi mudah alih kami atau dengan menhantar e-mel ke privacydsr@abbvie.com, atau dengan menelefon kami di talian bebas tol 1-800-255-5162. Selain itu, anda boleh menghantar surat ke alamat berikut:

AbbVie Customer Service
Attn: Privacy
Department 36M
1 N. Waukegan Road
North Chicago, IL 60064-6163

Dalam semua komunikasi dengan kami, sila sertakan alamat e-mel yang digunakan sebagai pendaftaran (jika berkenaan), alamat laman sesawang, aplikasi mudah alih, atau program tertentu yang mana anda berikan Data Peribadi (cth. AbbVie.com), dan penerangan terperinci tentang permintaan anda. Jika anda mahu memadam, mengubah atau membetulkan Data Peribadi anda, dan menghubungi kami melalui e-mel, sila letak “Permintaan Memadam” atau “Permintaan Pengubahan/Pembetulan” sebagai tajuk e-mel anda. Kami akan membalas semua permintaan yang munasabah secepat mungkin, dan kami perlu mengesahkan dengan lanjut identiti anda untuk memproses permintaan yang tertentu.

[Top]

Hak dan pilihan privasi anda

Dibawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, anda mempunyai hak untuk meminta akses untuk dan/atau membetulkan, menutup atau memadam Data Peribadi anda, menghantar Data Peribadi kepada pengendali lain, menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa (ini tidak akan memberi kesan kepada kesahihan aktiviti pemprosesan data sebelumnya), atau membantah mana-mana kegunaan Data Peribadi anda. Jika kami tidak dapat memberikan anda maklumat yang diminta atau membuat perubahan yang anda mahukan, anda akan diberitahu sebab-sebab keputusan tersebut diambil. Dibawah undang-undang tempatan, anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan perlindungan data. 

Anda berhak untuk membantah aktiviti pemprosesan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini yang berdasarkan kepentingan sah kami.

Sila hantar permintaan atau pertanyaan privasi anda disini.

[Top]

 

Keselamatan dan simpanan data

AbbVie mengadakan kawalan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang sewajarnya bagi melindungi Data Peribadi yang dikumpul melalui Hubungan AbbVie. Bagaimanapun, sentiasa terdapat risiko data dipintas semasa penghataran di Internet oleh pihak ketiga tanpa kebenaran, atau sistem keselamatan kami dicerobohi oleh seseorang. Kami menggesa anda supaya berhati-hati semasa menghantar Data Peribadi melalui Internet, terutama maklumat berkaitan kesihatan anda. Kami tidak menjamin yang Data Peribadi anda tidak akan dapat diakses oleh pihak ketiga tanpa kebenaran; oleh itu apabila menyerahkan Data Peribadi kepada kami, anda mestilah mempertimbangkan kedua-duanya, faedah dan risikonya.

Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi selagi ianya perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Notis Privasi ini, kecuali jika sebaliknya di perlukan oleh undang-undang terpakai atau aturan undang-undang. Kriteria yang digunakan bagi menentukan tempoh penyimpanan kami termasuklah (i) tempoh Hubungan AbbVie berlangsung dengan anda (ii) samada terdapat kewajipan undang-undang atau amalan terbaik penyimpanan yang kami perlu ikuti dan (iii) samada penyimpanan diperlukan semasa penyiasatan litigasi atau peraturan.

 

Pemindahan Data Peribadi antarabangsa

Kami boleh memindahkan Data Peribadi secara antarabangsa seperti yang akan diterangkan dalam bahagian ini.

 

Pemindahan antara syarikat

Data Peribadi boleh dipindahkan dan diproses oleh dan dalam kalangan AbbVie Inc, di A.S, syarikat induk Abbvie, dan rakan-rakan kongsinya di negara-negara lain. Bagi mendapatkan senarai penuh rakan kongsi AbbVie Inc. dan bidang kuasanya, sila lihat fail SeC kami yang terkini. Syarikat kami mengekalkan beberapa penjanjian pemindahan data antara-syarikat, yang mengikut model perjanjian EU dan merangkumi pemindahan Data Peribadi antara AbbVie Inc. dan rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia bagi memastikan perlindungan Data Peribadi secukupnya. Salinan perjanjian-perjanjian ini boleh didapati dengan menghantar e-mel ke  privacyoffice@abbvie.com.

 

Pemindahan ke penjual, pembekal, dan rakan perniagaan

Data Peribadi juga boleh dipindahkan dan diproses oleh penjual, pembekal dan rakan perniagaan kami di negara-negara lain. Sebarang pemindahan antarabangsa Data Peribadi ke pihak ketiga, termasuk di luar negara yang Data Peribadi anda dikumpul, akan dijalankan dengan mematuhi sekatan dan syarat-syarat pemindahan data antarabangsa yang terpakai di bawah undang-undang perlindungan data, termasuk, dimana sesuai, menggunakan pejanjian model EU bagi pemindahan Data Peribadi ke pemproses data atau pengawal data.

[Top]

 

Mengakses laman web kami secara global

Laman ini dimiliki dan dikendalikan oleh AbbVie di Malaysia. Jika anda melawat laman ini dari negara selain dari Malaysia, komunikasi anda dengan kami akan melibatkan pemindahan Data Peribadi melangkaui sempadan antarabangsa. Kami hanya akan memproses Data Peribadi anda dengan persetujuan anda, untuk mengadakan perjanjian antara anda dan kami, untuk mematuhi kewajipan undang-undang, atau di mana kami mempunyai kepentingan sah. Kepentingan-kepentingan sah ini termasuk aktiviti pentadbiran dan memenuhi permintaan anda. 

[Top]

 

Perubahan kepada Notis Privasi kami

Kami akan menggunakan Data Peribadi hanya seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi berkuat kuasa apabila Data Peribadi diperoleh. Bagaimanapun, dan tertakluk kepada sebarang syarat-syarat persetujuan yang terpakai, kami berhak menukar terma Notis Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini akan dihantar dengan segera ke laman ini berserta dengan Tarikh berkuat kuasa yang baharu di bahagian atas sekali laman ini. Kami menggalakkan anda untuk sentiasa membaca semula Notis Privasi ini untuk sebarang perubahan. Sebarang Data Peribadi yang dikumpul semasa penggunaan Hubungan AbbVie anda yang berterusan akan dikendalikan mengikut Notis Privasi yang terkini. 

[Top]